Nuffnang adds

Wednesday, July 29, 2009

Kem Induksi Junior 1DDQ 09/10

im da pinky one. hepi giler.

dah lama aku nak story pasal kem induksi junior ni. tapi tak berkesempatan. tapi kali ini aku berkesempatan akhirnya. huhu.

antara senior (kami) yang join kem induksi junior

kem induksi junior 1ddq 09/10 kali ini diadakan:
-tempat: the woods resort,ulu yam
-tarikh : 10,11 & 12 julai 2009
- bil. orang yang menyertai : 60 orang (termasuk senior)

first impression aku tentang the woods ni.. wow!! memang agak cantik la.. aku suka gila jeram dia..
Ya ALLAH indahnya.. sejuk pulak tu air sungai dia. best tu buat mandi-manda. air sungai dia sangat jernih sampai kita boleh nampak ikan yang kan dalam air sungai tu. wow! huh teringat pulak the woods resort ni lebih kurang 15minit dari tempat aku training rowing, empangan batu.

pasang khemah untuk kami tidur

beralih kembali kepada cerita kem induksi junior. setiap program mestilah ada yang perlu bekerja bagi menjayakan program tersebut. btw aku adalah antara orang nye. hehe. (perasan jer) setiap senior iaitu aku jugak mempunyai tugas masing-masing join kem induksi junior ni. tugas aku adalah sebagai pembantu memasak @ penyebok di dapur. hehe. itulah hakikatnya. ketua tukang masak kami adalah cik ki. baik aku senarai kan sekali orang-orang yang penting kem induksi ni.
pengarah program - zerin
kem komanden - ilmu
ketua fesi - paan
ketua tukang masak - cik ki

ok

pada hari pertama, sesampai je di sana kami, orang2 dapur kene la settle kan dapur. setting tu setting ni. mula2 kami siapkan 'bumbung' sementara untuk dapur cik ki. hehe. yang tak boleh bla ketua programkami, zerin panjat pokok sebab nak ikat tali 'bumbung' dapur. huhu. sungguh bekerja keras ye die. haha. tak menahan.

nampak tak laki kat pokok tu?


nak buat 'tiang' untuk 'bumbung' dapur kami



meh la join sekali kami basuh ayam tuk masak kurma



sibuk gak aku nak memasak. lihat aku pandai masak. w'pun sardin. haha.



see. see. aku masak sorang2 tau. haha. satu periuk besar aku masak.


dah siap2 semua tiba2 kem kom, ilmu panggil aku. mula2 aku dengar deme suruh aku buat aktiviti 'kamir kata' agaknya la. tapi tiba2 aku tanya ilmu
'ko dah suruh belum meke nyanyi lagu UTM?'
ilmu jwb
'belum'
huh aku apa lagi, dengan pantas nye aku tunjuk kan 'kegarangan' aku dengan menyuruh mereka menyanyi lagu UTM dengan lantangnya. malangnya ada di antara mereka tidak hafal lirik lagu. aduh. aku apa lagi 'naik angin' la. hehe. tunjukkan kebengisam aku. huhu. (poyo jer) tp yang aku terkejut hazim cakap aku garang sangat. ooppsss. yeke?? sudah..... lantak la. bila salah aku suruh mereka ulang. ulang dan ulang. dan juga lantang. sampai la ke maghrib aku suh meke menyanyi. hoho. jahatnya aku. lepas tu kem kom la pulak take over. aku kembali ke dapur. aku tak tahu sangat apa yang junior aku buat kat kem induksi ni sebab aku duk dapur. tp aku rasa aku tak buat keje sangat kat dapur tu (ish3 pemalasnya aku ni)

yang aku ingat aktiviti or LDK junior aku kat sane is 'tanah si bapa', 'saudagar minyak', logo kumpulan n yang tak leh bla ialah 'trademark' kumpulan. sampai sekarang yang aku ingat trademark meke. huh hah boom peace. tapak yang kukuh binaan yang stabil. forever and always. 3 yang lain aku tak ingat la. sori ey adik2 ku.

apa lagi ek aktiviti yang aku join? huh aktiviti last day. explorace. aku pun turut serta. aku dengan mas satu team. team kami ialah team checkpoint dummy. hahahaha. kesian mereka. aku ngan mas melengah2kan masa mereka. haha. macam2 la kau ngan mas nak buat jahat kat mereka tapi last2 tak da lah jahat sangat kami suruh meke. paling tidak nyanyi tukar vokal ngan jerit kuat2 nama sendir. tu jer.

beralih cerita pulak dengan keadaan kami tidur. heerrrmm. kami tidur bersepah. tidur kat merata tempat. tp aku first day malam tu tidur dalam khemah. second day barula tidur bersepah kat dewan. dak laki pun tidur sekali situ. ish3 teruknya. yang tak leh bla cik ki n da geng. tidur dapur. katanya nak jaga dapur. wah inilah dia tukang masak yang setia. jaga dapur. bagus2.

sori la aku tak banyak sangat cerita pasal junior punya aktiviti. aku tak banyak dengan meke masa meke buat LDK.

tak story lak pasal ni. ni nama die 'blind walk'. erm perkara biasa bagi setiap kem. tapi tempat the woods tak adventure sangat jadi kami buat la trak tipu2. ada pokok la. ada kayu balak besar la. haha. tak leh bla la.


ni aku cakap ada akar pokok. haha. jadi deme kene melangkah kayu tu

akhirnya kami pulang juga ke kampus. pada hari ahad itu. selepas kami semua seronok bermandi-manda. ish aku memang suka la jeram dia. air sungai die. sangat best. two thumbs up!!

kem induksi junior 1ddq 09/10 dlm kenangan........



-kerna cinta kamu ku jadi begini, kerna syg ku telan semua, betapa hebatnya kau di hati ini-

1 comment:

  1. Pasal gambar basuh ayam kat sungai tu,
    Nak komen sikit...

    Em...
    Awak sedar tak pada masa tu gak ada orang tengah main air kat sungai yang sama?
    Kalau tak silap, suami Pn Fiza dgn anak-anaknya...
    Kalau nak bukti saya boleh tunjuk.

    Hehehe...

    ReplyDelete