Nuffnang adds

Thursday, August 27, 2009

LOVE IS BLIND

jika kita mencintai seseorang dengan seikhlas hati. kita akan gembira apabila orang yang kita cintai itu dalam kegembiraan. dan kita akan sedih apabila orang yang kita cintai itu dalam kesedihan. apabila orang yang kita cintai itu dalam kesedihan, kita akan cuba sedaya upaya untuk memulihkan kesedihan orang yang kita cintai itu.

jika kita mencintai seseorang dengan setulus hati. kita akan cuba untuk tidak menyakiti hatinya. apabila kita melakukan kesalahan terhadap orang yang kita cintai itu, kita akan segera memohon maaf.

jika kita mencintai seseorang dengan setulus hati mahupun seikhlas hati, tetapi cinta kita tidak berbalas mungkin perit untuk kita menerima kenyataan itu. tetapi kita harus menerima kenyataan itu. tambahan orang yang kita cintai itu telah menjadi milik orang. mungkin ini adalah satu dugaan dariNYA.

jika kita mencintai seseorang dengan setulus hati mahupun seikhlas hati tetapi orang yang kita cintai telah menjadi milik orang dan kita perlulah mendoakan kebahagian mereka. mungkin orang itu lebih berhak menerima cinta dari orang yang kita cintai itu.
jika kita mencintai seseorang dengan setulus hati mahupun seikhlas hati, tetapi orang yang kita cintai telah menjadi milik orang lain dan kita akan gembira apabila orang yang kita cintai itu bahagia dan gembira bersama pasangannya.


aku mendoakan semoga mereka berbahagia. sesungguhnya aku gembira apabila melihat orang yang aku cintai itu gembira dan apabila melihat mereka bersama. kini diriku telah merelakan cinta mereka dan aku mengucapkan terima kasih kepada orang yang aku cintai itu kerana apabila aku mencintai dia, aku kini menjadi seorang yang lebih tabah.

TERIMA KASIH CINTA dan SERIBU KEMAAFAN DARIKU UNTUKMU...

No comments:

Post a Comment