Salah satu artikel yang saya pernah baca.. dan saya ingin berkongsi dengan kalian..
Apakah balasan kita pada Ibu?
Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan kita makan & memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam
Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budi Ibu dengan menumpahkan makanan ke atas lantai
Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah
Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak
Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit “SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH”
Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain. Kita membalas budinya dengan tidak menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali ibu menghantar kita
Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan sebiji bola sepak. Kita membalas budi ibu dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita
Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi ibu dengan asyik menonton TV sebaik sahaja ibu keluar dari rumah
Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi ibu dengan berkata bahawa Ibu tidak ada “TASTE”
Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik
Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan
Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke university, mengangkat beg kita dengan kasih saying – sampai ke hostel kita. Kita membalas budi ibu dengan bersalaman di luar dorm – takut malu dilihat kawan-kawan
Apabila kita berumur 20 tahun, ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi ibu dengan berkata – “ibu ni kepohlah”
Apabila kita berumur 21tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi ibu dengan berkata “saya tak mahu jadi macam ibu”
Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri - ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga ibu menangis gembira dan berkata betapa ibu kasih dan saying pada kita. Kita membalas budi ibu dengan berpindah 300kilometer jauh dari ibu.
Apabila kita berumur 27 tahun, ibu menelefon tentang penjagaan bayi – anak kita. Kita membalas budi ibu dengan berkata “zaman sekarang lain ibu..!!!”
Apabila kita berumur 40 tahun, ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampong. Kita membalas budi ibu dengan berkata “saya sibuk!!!”
Apabila kita berumur 50 tahun, ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih saying. Kita membalas budi ibu dengan dating melawat ibu sekali dengan membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera
Dan kemudian, pada suatu hari ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa ibu.
Ingat selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah ibu. Dan jika ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.
No comments:
Post a Comment