Nuffnang adds

Sunday, September 20, 2009

salam aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA INI.. wah mcm meriah jer ayat aku ni.. esok nak raya.. yeah3!! tetapi di samping itu, aku amat bersedih kerana meninggal kan ramadhan kali ni dengan sia2.. aku rasa ramadhan kali ini aku tak byk amal utk menambahkan pahala.. ros, what happen to you?? came on.. aku masih terfikir lg di dalam otak ku ini.. adakah aku akan bertemu dengan ramadhan akan datang..

tp apa2 pun mari lah kita meraikan kemenangan kita pada bulan ramadhan.. kemenangan bagi aku adalah aku tak mencarut pada bulan tersebut.. ALHAMDULILLAH.. aku mengharapkan bulan2 lain seperti bulan ramadhan.. sebab tak syaitan yang boleh menghasut aku utk terus mencarut.. aku harap aku akn teruskan usaha aku utk tidak lagi mencarut.. AMIN..

tak sabarnye nak bangun esok pagi.. nak beraya.. nak jumpa dengan sanak saudara yang telah sekian lama tidak bertemu.. yeah3!! tp aku agk sedih la.. cuz pg raya, aku raya kat jb jer.. tp tak pe kerana family pengubat segalanya.. sebab kali ini semua ada di pagi raya.. penuh la rumah mak aku ni ngan cucu die.. n anak2 die.. mama, ayah, abg piz, abg pul, kak ila, iskandar, deena, emad n ezureen.. selamat hari raya.. sok anak saudaraku pakai pakaian cantik2 ye.. muaaahhh.. mak su syg korang..

to be continued........

Sunday, September 6, 2009

shooting????




haha.. saje je entri aku kali ni... tak leh bla.. adakah benar semalam ku shooting bersama pelakon??? adakah benar aku menjadi pelakon tambahan?? erm entahla.. lau nak kata benar kena la tunggu cerita tu kuar then wujudnya muka aku di telemovie itu baru lah aku kata aku ni pelakon tambahan.. huhu.. btw peh penat tu satu.. tp syok tuh.. aku dapat berlakon dalam satu scene yang sama bersama-sama pelakon yang sudah menempah nama di mata masyarakat malaysia.. hehe..

informasi ringkas telemovie:

TAJUK : KEKASIHKU IS SETAN
PENGARAH : FAIRUZ LOY
PELAKON : KAMAL ADLI, KEFLI, INTAN LADYANA, BEBERAPA PELAKON TAMBAHAN BEBERAPA PELAJAR UTMIC KL.
BAKAL DITAYANGKAN : ASTRO RIA *erm i guess*
TEMPAT PENGEMBARAN : BLOK A KSJ, DK 6 UTMIC, DATARAN ILMU UTMIC, PSZ UTMIC.
SCENE YANG AKU TERLIBAT : DK6 DAN PSZ..

lepas habis shoot jer kami semua yang terlibat dalam pengambaran pe laie amek gambar ler.. peh memang sempoi la kamal adli, kefli, intan ladyana and the other actors.



bersama KAMAL ADLI *gmbr kurang memuaskan*


bersama INTAN LADYANA



bersama KEFLI


bersama PELAKON TAMBAHAN


p/s: aku harap lebih ramai yang buat pengambaran di utm ini.. huhu..

Thursday, August 27, 2009

LOVE IS BLIND

jika kita mencintai seseorang dengan seikhlas hati. kita akan gembira apabila orang yang kita cintai itu dalam kegembiraan. dan kita akan sedih apabila orang yang kita cintai itu dalam kesedihan. apabila orang yang kita cintai itu dalam kesedihan, kita akan cuba sedaya upaya untuk memulihkan kesedihan orang yang kita cintai itu.

jika kita mencintai seseorang dengan setulus hati. kita akan cuba untuk tidak menyakiti hatinya. apabila kita melakukan kesalahan terhadap orang yang kita cintai itu, kita akan segera memohon maaf.

jika kita mencintai seseorang dengan setulus hati mahupun seikhlas hati, tetapi cinta kita tidak berbalas mungkin perit untuk kita menerima kenyataan itu. tetapi kita harus menerima kenyataan itu. tambahan orang yang kita cintai itu telah menjadi milik orang. mungkin ini adalah satu dugaan dariNYA.

jika kita mencintai seseorang dengan setulus hati mahupun seikhlas hati tetapi orang yang kita cintai telah menjadi milik orang dan kita perlulah mendoakan kebahagian mereka. mungkin orang itu lebih berhak menerima cinta dari orang yang kita cintai itu.
jika kita mencintai seseorang dengan setulus hati mahupun seikhlas hati, tetapi orang yang kita cintai telah menjadi milik orang lain dan kita akan gembira apabila orang yang kita cintai itu bahagia dan gembira bersama pasangannya.


aku mendoakan semoga mereka berbahagia. sesungguhnya aku gembira apabila melihat orang yang aku cintai itu gembira dan apabila melihat mereka bersama. kini diriku telah merelakan cinta mereka dan aku mengucapkan terima kasih kepada orang yang aku cintai itu kerana apabila aku mencintai dia, aku kini menjadi seorang yang lebih tabah.

TERIMA KASIH CINTA dan SERIBU KEMAAFAN DARIKU UNTUKMU...

Monday, August 17, 2009

SAAT KAU PERGI

saat kau pergi
berlinanglah air mataku
betapa cinta ku rasakan
kebahagiaan itu
kini lenyaplah sudah

tak pernah ku inginkan
perpisahan ini terjadi
ku hanya bisa merelakan
jika memang kau pikir
ini lah yang terbaik

tak perlu kau beri alasan
mengapa kau ingin pergi meninggalkan diriku
karena ku yakin mungkin semuanya itu bisa
membuatmu bahagia

sepenuhnya ku menyadari
bahwa cinta itu tak mesti harus memiliki
namun ku akan terus selalu menyayangimu
setulusnya hati

tak pernah ku inginkan
perpisahan ini terjadi
betapa cinta ku rasakan
kebahagiaan itu
kini lenyaplah sudah


saat kau pergi
berlinanglah air mataku

RM...RM...RM... NEW STUFF....

adidas chelsea fc; RM29.90; stadium, klcc.


puma; RM49.90; stadium,klcc.

fabiano ricco; RM39.90, plaza angsana.




applemint; RM32.00; plaza tasek.



jenamaless; price unavailable; plaza tasek.


tropicana life; RM72.90; butik tropicana life,jusco setiawangsa.


headphone: sony; RM78.00; sony center, low yat.
mp3: sony E series; RM399.00; sony centre, low yat

Saturday, August 8, 2009

Perkenalan Antara Kita

mungkin perkenalan kita adalah satu kesilapan besar. dan mungkin juga tidak. tapi aku rasa ia adalah satu kesilapan yang sangat besar. aku sayang kamu. tapi aku rasa kamu sayang kan insan lain. kit berkenalan dan rapat tetapi tiba-tiba kita jauh. knp?? benda ini yang selalu merumitkan pemikiran ku. tapi aku cuba buat biasa-biasa sahaja. dan aku cuba seolah-olah aku tidak mengenali dan kamu. apa sebenarnya yang aku harus aku lakukan sekarang ini? tolong aku.. i need some advice.. aku keliru. aku buntu... perkataan terakhir dari aku. aku masih sayang kamu.....

Friday, July 31, 2009

sayangku..

kenapa kau tak pernah fikirkanku
kenapa si dia jadi pilihanmu
ku sedar siapa diriku di sisimu
di sisimu

ku harap suatu hari kaukan mengerti kasih
siapa diriku disisimu
pengorbananku bagai tak pernah di hargai